Jumaat, 6 Mei 2011

Adab Berdoa

Kita perlu CEREWET dgn persiapan sama ada sebelum, semasa dan setelah berdoa.  Malah adab-adab ini juga meliputi adab-adab zahir dan batin.

SEBELUM

  • Sediakan hati bhwa Allah bersifat dgn sifat harus melakukan apa sahaja yng ingin dilakukan - Nya.  Bertaubatlah juga kpda Allah.
  • Sebaik-baiknya berada dalam keadaan suci dan berwuduk.
  • Menghadap kiblat jika tiada halangan.
  • Memilih wktu yang mustajab untuk berdoa spt pada hari Arafah, bulan Ramadan, Hari jumaat dan sebagainya
  • Memilih keadaan yng baik untuk berdoa spt ketika sujud,antara dua khutbah,ketika berpuasa, antara azan dan iqamat dan lain2 lagi.
  • mengangkat kdua-dua belah tgn hngga nampak ketiak dan menyapu kedua-dua tangan ke muka apabila selesai berdoa.
  • digalakkan solat sunat hajat sblum berdoa dan meminta sesuatu.
  • pastikan makanan dan minuman anda drpda sumber yg halal.
  • hendaklah mengutamakn berdoa untk diri sendiri berbanding mendoakn org lain.
SEMASA

  • Memulakan dan mengakhiri doa dgan memuji Allah dan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W..
  • Berdoa dgn Mengucapkan "Ya Rab" sebanyak 3 Kali.
  • Mengakui dan Menyesali dosa yng Dilakukan.
  • Tidak mngangkat suara ketika berdoa.
  • Berdoa dgn penuh perasaan takut dan gerun akan kehebatan dan kebesaran ALLAH serta Khusyuk kpda-Nya.
  • Berdoa dgn penuh perhatian dan kesungguhab
  • Ulangi doa yg dibaca.
  • tidak berdoa dgn sesuatu yng keburukan.
  • menggunakan ayat yang ringkas tapi padat.
SETELAH

  • menyapu muka dengan tangan setelah selesai berdoa.
  • mengaminkan doa yg dibacakan.
  • bersangka baik bahawa Allah akan memakbulkan doa kita,jika tidak pasti ada alternatif lain yg dberikan Allah, sama ada kita sedar atau tidak.
  • bersabar menanti jawapan Allah terhadap doa yang dipohon.
  • jagan berputus asa,teruskan berdoa dan berdoa...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan