"berdoalah kepadaKu, dan berimanlah agar kamu memperoleh kebenaran."
(surah Al-Baqarah:186)
(surah Al-Baqarah:186)
kadang-kadang ada orang menyatakan " kenape doaku tidak termakbul"
jawapannya: Allah maha Mengetahui, jadi Dia lebih mengetahui setiap hambaNya. Setiap doa kita akan ditunaikan samaada cepat atau lambat itu semua atas urusanNya. Tambahan lagi, ada juga faktor lain, contohnya dosa-dosa yang lalu yang menghalang hubungan dengan Allah. oleh itu, sebelum kita menunaikan solat hajatm lebih baik kita menunaikan solat sunat taubat terlebih dahulu. insyaAllah moga-moga setiap doa kita di terima dengan mudah.
ehm.. ada orang dalam kesusahan berdoa tapi tidak dimakbulkan untuk keluar dari kesusahan itu. Allah itu maha penyayang, Dia telah beri ujian yang setimpal(sesuai) kepada hambaNya untuk menguji tahap keimanan hamba-hambaNya. Bertuahlah siapa-siapa yang mendapat ujian daripadaNya kerana Allah sentiasa melihat hamba tersebut dan rindu mendengar doa hamba itu.
seperti ayat Al- Quran dibawah
" dan apabila manusia ditimpa bahaya, Dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, Dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah Dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan."
(surah Yunus:12)
Berdoalah kepada Allah, kerana Allah telah menberi nikmat yang begitu tidak terhingga dalam sedar atau tidak. Contohnya mata untuk melihat, kaki untuk berjalan, telinga untuk mendengar mulut untuk bercakap.
banyak lagi cuma kita tidak perasan.
oleh itu, janganlah kita berputus asa berdoa kepada Allah.......dikala kita senang atau kesusahan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan