Ahad, 6 Mac 2011

Jangan Putus Asa Dengan Berdoa

Alangkah ramai manusia yang bermohon kepada  Tuhan supaya dimakbulkan segala yang diinginkan, namun tidak jua dimakbulkan. Kemudian manusia mengeluh dan bersangka buruk kepada Tuhan, lantas putus asa mencari keredhaan-Nya. Itulah hakikat manusia saban hari.

"berdoalah kepadaKu, dan berimanlah agar kamu memperoleh kebenaran."
(surah Al-Baqarah:186)


kadang-kadang ada orang menyatakan " kenape doaku tidak termakbul"
jawapannya: Allah maha Mengetahui, jadi Dia lebih mengetahui setiap hambaNya. Setiap doa kita akan ditunaikan samaada cepat atau lambat itu semua atas urusanNya. Tambahan lagi, ada juga faktor lain, contohnya dosa-dosa yang lalu yang menghalang hubungan dengan Allah. oleh itu, sebelum kita menunaikan solat hajatm lebih baik kita menunaikan solat sunat taubat terlebih dahulu. insyaAllah moga-moga setiap doa kita di terima dengan mudah.

ehm.. ada orang dalam kesusahan berdoa tapi tidak dimakbulkan untuk keluar dari kesusahan itu. Allah itu maha penyayang, Dia telah beri ujian yang setimpal(sesuai) kepada hambaNya untuk menguji tahap keimanan hamba-hambaNya. Bertuahlah siapa-siapa yang mendapat ujian daripadaNya kerana Allah sentiasa melihat hamba tersebut dan rindu mendengar doa hamba itu.
seperti ayat Al- Quran dibawah

" dan apabila manusia ditimpa bahaya, Dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, Dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah Dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan."
(surah Yunus:12)

Berdoalah kepada Allah, kerana Allah telah menberi nikmat yang begitu tidak terhingga dalam sedar atau tidak. Contohnya mata untuk melihat, kaki untuk berjalan, telinga untuk mendengar mulut untuk bercakap.
banyak lagi cuma kita tidak perasan.

oleh itu, janganlah kita berputus asa berdoa kepada Allah.......dikala kita senang atau kesusahan

Sabtu, 5 Mac 2011

PerSeDiaaN SeBeLuM TiDuR


Tarikh: Feb 25, 2011
Riwayat: (al-Bukhari)
Kategori: Ibadah 
Hadith: 
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Zaid al-Ansari r.a bahawa dia pernah melihat Nabi Muhammad SAW berbaring terlentang di dalam masjid, meletakkan sebelah kakinya pada sebelah kakinya yang lain.�
Huraian Hadith: 
Sekiranya hendak tidur kita disarankan mengikut sunah Rasulullah SAW. Dalam suatu riwayat menerangkan: "Daripada 'Aisyah r.a katanya: "Nabi SAW apabila berbaring di tempat tidurnya pada setiap malam, baginda mengangkat kedua tangannya (seperti berdoa), lalu meniup dan membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, surah an-Nas, kemudian baginda menyapukan tangannya itu ke seluruh badan yang dimulai dari kepalanya dan mukanya dan bahagian depan daripada badannya, Baginda melakukannya sebanyak tiga kali.� (at-Tirmizi) Selain itu sebelum tidur baginda menunaikan sembahyang witir kerana Nabi SAW juga telah mengingatkan umatnya bahawa syaitan sering mengganggu manusia ketika tidur. Oleh itu kita dianjurkan supaya mengamalkan solat witir setiap kali sebelum tidur. Ketika baginda terbangun daripada tidur di tengah malam pula, baginda akan membasuh muka dan kedua belah tangan sebelum baginda tidur semula. Berkenaan dengan cara tidur pula, Rasulullah SAW selain daripada tidur miring ke sebelah kanan, baginda juga pernah tidur terlentang dengan cara meletakkan satu kaki di atas yang lain sebagaimana maksud hadis di atas.
http://www.islam.gov.my/e-hadith/persediaan-sebelum-tidur

Rabu, 2 Mac 2011

MenBaiki DiRi SeLaGi MaMpu

 Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan bumi, langit dan makhluk didalamnya. Kepada Mu kami memohon pertolongan, kepada Mu jua lah tempat kami berlindung dari segala bala bencana. Ya Allah, bantulah kami dalam memperbaiki diri kami. Lembutkan lidah dan hati kami untuk menyucap dan memuji Mu Ya Allah . Terimalah taubat kami, terimalah amalan kami, dorongkan tangan kami untuk bersedekah, dorongkan kaki kami berjalan ke tempat yang diredhaiMu Ya Allah, dorongkan mata kami sentiasa melihat kebesaranMu Ya Allah dan dorongkan kami sentiasa basahkan lidah kami untuk memuji Mu. amin Ya Rabbal alamin





WaHai KAWAN-KAWANKU
jom kita muhasabah diri...
selagi masa masih ada.....
ajal maut tak tau datang bila.....
BANGUN!!!! jgn leka......
mari kita berdoa...
agar taubat kita dan amalan kita di terima
InsyaAllah......